Friday, 24 April 2015

persatuan puteri islam


persatuan puteri islam malaysia


LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T
SEJARAH PPIM
Pergerakan Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.
   
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. 
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
   
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. 
Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011. 


sekian terima kasih

Thursday, 23 April 2015

about me

assalamualaikum semua pembaca,

saya ingin memperkenalkan diri saya




nama:sophie jasmine bt muhammad zaki
umur:11 tahun



enjoy reading!

persatuan pandu puteri

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.

Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan

P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas

Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri.

Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Persetiaan Pandu Puteri Tunas Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.”

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas

Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.
MelurMelur taat dan setia
Berusaha setiap masa
SiantanSiantan datang berkawan
Berani macam pahlawan
TerataiTeratai nama kami
Bekerja setiap hari
KesidangKami Kesidang datang
Menolong pagi petang
CempakaCempaka bersuka ria
Menolong orang duka
KenangaKami bernama Kenanga
Berjasa bertenaga